Monday, May 3, 2010

Di antara Matriks, IPGM dan Universiti..

1 Mei 2010...

Hari yang ditunggu tunggu telah tiba. Tarikh  keramat bagi pelajar-pelajar  lepasan SPM 2009. Inilah hari dimana keputusan UPU dikeluarkan..  Ada ramai yang gembira..  Ada juga yg menangis.. Lain orang lain ragam..
Teringat kembali pada hari tersebut, saya bertemu dengan seorang sahabat di Sekretariat Perkepis. Ada beberapa perkara yang kami sempat bualkan....

"Salam pok..   Ko dapat pergi siney tek?? " tanya seorang daripada sahabat saya ketika bertemu di Sekretariat Perkepis.
(Salam bang, awak dapat pergi mana??)

"Oh,salam..  Kmk dapat pergi UITM, tapi sik tauk kat siney.. Pastok cek agik.. " jawab saya.
(Oh,salam..  Saya dapat pergi ke UITM, tapi tak tahu dimana..  Lepas ni semak balik..)

"Eh,ko dapat pergi siney??  Mesti universiti best best nak.. haha.. ", saya menyambung.
(Eh,kau dapat mana pulak?? Mesti universiti best kan?)

"Aku dapat UIAM. Alhamdulillah. Tapi  ku sik mintak pun kos ya. Tiba-tiba jak dapat."
(Aku dapat pergi UIAM. Alhamdulillah. Tapi aku tak mintak pun kos tu. Tiba-tiba je dapat)

Begitulah lebih kurang perbualan diantara saya dan sahabat saya.

Sebenarnya.. Tak kisah dimana sekalipun anda dapat, samada Matriks, IPGM, Universiti, ataupun tingkatan 6 sekalipun.. Jangan difikirkan yang takdir itu kejam, ataupun tidak adil, kerana ini mungkin petanda dari Yang Maha Esa agar hambanya kembali sedar dari kealpaan diri.

Seorang daripada senior saya pernah berkata, " Walau dimana anda ditempatkan, jangan anda merendah diri dan tidak yakin pada diri kerana mengaggapkan bahawa semua orang disitu lebih pandai dan bijak dari anda. Sesungguhnya, pada setiap permulaan bagi setiap peringkat, semua orang adalah 'zero', semua orang adalah sama. Terserah kepada diri anda untuk menjadikan diri anda orang yang berjaya ataupun sebaliknya. Kerana anda adalah penentu haluan hidup anda. Rajin anda maka cerahlah masa depan anda, malas anda maka itulah pengakhir hidup anda. Jadi, jangan sesekali ada istilah "MALAS" dalam diri anda untuk perkara kebaikan.
Sesungguhnya, setiap takdir yang kita semua dapat, ada hikmah disebaliknya. Setentunya pasti ada kebaikan untuk diri kita sendiri. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang..

Andaikata tempat ataupun keputusan yang anda dapat tidak mengikuti kehendak hati,jangan bimbang dan jangan khuatir. Sesungguhnya Allah itu amat dekat sekali dengan para hambanya. Berdoalah dan bertaubatlah. Semoga anda mendapat Taufiq dan Hidayah daripada Yang Maha Esa..  Amin ~ ^_*

1 comment:

  1. Salam. Tahniah kepada adik2 yang berjaya ataupun kurang berjaya. Walau apa pun yang berlaku dalam hidup tok, polah yang terbaik! Bukan bermaksud x dapat UPU, matrik ya x dapat belajar agik... ada banyak pilihan. Yang penting, banyak2 bertanya dengan abang2 dan kakak2 ok...=) All the best semua...

    ReplyDelete