Monday, July 19, 2010

Adolf Hitler : Kisah Dari Sudut Yang Jarang Kita Dengar

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"



Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"


Baca selanjutnya.. 

Friday, May 14, 2010

Aktiviti Pekepis

Mahukan aktiviti daripada PERKEPIS??
Jangan risau..  Ada..  ^_^
Hehe..   ;)
Baca seterusnya..

Thursday, May 6, 2010

Renungkan...











Renung-renungkan dan semoga berjaya... ^_^

Monday, May 3, 2010

Bengkel Blog Kreatif & Penulisan 2010

 

Jom sama-sama menghadiri Bengkel Asas Blog Kreatif!!
Terbuka kepada SEMUA terutama kepada LEPASAN SPM~~...
Tolong sebar-sebarkan...

Di antara Matriks, IPGM dan Universiti..

1 Mei 2010...

Hari yang ditunggu tunggu telah tiba. Tarikh  keramat bagi pelajar-pelajar  lepasan SPM 2009. Inilah hari dimana keputusan UPU dikeluarkan..  Ada ramai yang gembira..  Ada juga yg menangis.. Lain orang lain ragam..
Teringat kembali pada hari tersebut, saya bertemu dengan seorang sahabat di Sekretariat Perkepis. Ada beberapa perkara yang kami sempat bualkan....

"Salam pok..   Ko dapat pergi siney tek?? " tanya seorang daripada sahabat saya ketika bertemu di Sekretariat Perkepis.
(Salam bang, awak dapat pergi mana??)

"Oh,salam..  Kmk dapat pergi UITM, tapi sik tauk kat siney.. Pastok cek agik.. " jawab saya.
(Oh,salam..  Saya dapat pergi ke UITM, tapi tak tahu dimana..  Lepas ni semak balik..)

"Eh,ko dapat pergi siney??  Mesti universiti best best nak.. haha.. ", saya menyambung.
(Eh,kau dapat mana pulak?? Mesti universiti best kan?)

"Aku dapat UIAM. Alhamdulillah. Tapi  ku sik mintak pun kos ya. Tiba-tiba jak dapat."
(Aku dapat pergi UIAM. Alhamdulillah. Tapi aku tak mintak pun kos tu. Tiba-tiba je dapat)

Begitulah lebih kurang perbualan diantara saya dan sahabat saya.

Sebenarnya.. Tak kisah dimana sekalipun anda dapat, samada Matriks, IPGM, Universiti, ataupun tingkatan 6 sekalipun.. Jangan difikirkan yang takdir itu kejam, ataupun tidak adil, kerana ini mungkin petanda dari Yang Maha Esa agar hambanya kembali sedar dari kealpaan diri.

Seorang daripada senior saya pernah berkata, " Walau dimana anda ditempatkan, jangan anda merendah diri dan tidak yakin pada diri kerana mengaggapkan bahawa semua orang disitu lebih pandai dan bijak dari anda. Sesungguhnya, pada setiap permulaan bagi setiap peringkat, semua orang adalah 'zero', semua orang adalah sama. Terserah kepada diri anda untuk menjadikan diri anda orang yang berjaya ataupun sebaliknya. Kerana anda adalah penentu haluan hidup anda. Rajin anda maka cerahlah masa depan anda, malas anda maka itulah pengakhir hidup anda. Jadi, jangan sesekali ada istilah "MALAS" dalam diri anda untuk perkara kebaikan.
Sesungguhnya, setiap takdir yang kita semua dapat, ada hikmah disebaliknya. Setentunya pasti ada kebaikan untuk diri kita sendiri. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang..

Andaikata tempat ataupun keputusan yang anda dapat tidak mengikuti kehendak hati,jangan bimbang dan jangan khuatir. Sesungguhnya Allah itu amat dekat sekali dengan para hambanya. Berdoalah dan bertaubatlah. Semoga anda mendapat Taufiq dan Hidayah daripada Yang Maha Esa..  Amin ~ ^_*

Wednesday, April 28, 2010

Alkisah PMG 2010...



Pada 23 - 25 Februari 2010 yg lalu, seramai 60  peserta lepasan SPM & STPM 2009  telah menyertai Perkampungan Menara Gading Sarawak 2010 (PMGS) anjuran Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) di Pusat Latihan Sarawak (PLS) JAKIM, Telaga Air.



Kami dan para peserta telah berkenalan bersama-sama selama 3 hari 2 malam yang berlainan latar belakangnya dan diisi dengan pelbagai aktiviti yang membolehkan para peserta berinteraksi antara satu sama lain. Antara lain, kami diajak bersama-sama memikirkan hala tuju yang penting dalam kehidupan, agar terlepas daripada kitaran normal kehidupan kami. Selain itu, kami didedahkan dengan kehidupan alam universiti yang lebih terperinci oleh Sdr. Khairul Anwar Shazali, Yang Dipertua PERKEPIS dan Sdri. Akmariah Abdullah, Naib Presiden HEWI Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).



Pada malam berikutnya, kami diuji dengan Malam Semangat Ukhuwah, iaitu menguji sejauh mana para peserta yang menyertai PMGS 2010 boleh menganjurkan satu majlis yang bertemakan keindahan kesenian islam. Pada malam tersebut, para hadirin dihiburkan dengan persembahan yang tidak kurang menariknya seperti nasyid,sajak dan  juga syair. selain itu, yang paling menarik perhatian sekali ialah bagaimana sebuah kumpulan yang mengambil bahagian menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk menjayakan persembahan mawlid mereka pada malam itu iaitu dengan menggunakan baldi, gayung dan juga botol yang diisi dengan batu dan pasir bagi menggantikan alat muzik yg tidak dapat disediakan oleh AJK Peralatan.



Keesokan harinya, kami diberi tugasan untuk menubuhkan persatuan bagi mengeratkan ukhuwah antara kami. Pada masa itu, tertubuhnya kumpulan MaGAsT (Matang, Gita, Astana dan Tupong) dan MADAGASCAR (Zon Jauh). Selain itu, tahniah diucapkan buat saudara Razif dan saudari Afiqah dari kumpulan MADAGASCAR kerana terpilih sebagai peserta terbaik PMGS 2010.




"Semoga PMGS 2010 dapat menyingkap tabir diri agar sedar bahawa alam menara gading bukan semata-mata memenuhi dewan kuliah, menghafal nota mahupun menjawab soalan peperiksaan. Bahkan, alam universiti adalah tempat mengasah bakat, melatih jiwa pemimpin. Semoga kefahaman dalam menghayati kekuatan kerohanian (spiritualisme), keluasan fikiran (intelektualisme), cita-cita yang tinggi (idealisme) serta semangat kesukarelawanan yang berkobar-kobar (aktivisme) dapat disemat di jiwa, sebagai bekal berguna pada suatu hari kelak."

Selamat Jalan ; Nanti kita Jumpa Lagi...

Salam dan selamat kami ucapkan kepada Pengerusi MaGAsT, Saudara Azim yg kini telah menjejakkan kaki ke bumi Johor br sahaja pagi tadi untuk melanjutkan pelajaran beliau disana...


Setiap langkah dan usahamu kami iringi dengan doa dan harapan...
Semoga anda berjaya disana...
Kami menanti anda disini...  :)

Friday, March 12, 2010

Pembuka bicara...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah Kumpulan MaGAsT kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan satu lagi platform yang berpotensi untuk menghubungkan dan membesarkan lagi ahli keluarga MaGAsT di dalam dunia maya ini...

Semoga penubuhan blog ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dan silaturrahim sesama ahli disamping menguar-uarkan berita atau informasi terkini..

Sekian... :)